Diterbit di dalam ANJUNG SERI JUN 2007 pp. 146-148
alam reka
Tulisan Rosmin Darus
Gambar Mohd Jasmin Ramli
Jauh dari hiruk-piruk kesibukan kota dan berada dalam kedudukan tersorok iaitu, di bawah tanah di dalam kebun buah-buahan berkeluasan 14 ekar, bagi saya Galeria Rimbun Dahan sangat cantik serta mendamaikan.
Saya yakin sesiapa pun yang mengunjungi galeri ini atau tinggal di kawasan sekeliling juga menyenanginya. Masakan tidak, suasananya cukup tenang dengan keindahan alam semula jadi yang terdiri daripada ratusan spesies tumbuhan Asia Tenggara. Ditambah pula dengan bangunan berseni bina kreatif, menjadikan Rimbun Dahan tempat paling cocok untuk anak seni mendapatkan ilham berkarya.
Rimbun Dahan popular sebagai pusat seni bina can seni kreatif yang mengutamakan pemuliharaan alam semula jadi. la menempatkan empat studio untuk artis seni visual, studio tari, sebuah rumah lama yang sudah dibaik pulih, rumah tumpangan artis, garaj kereta klasik, rumah keluarga Hijjas dan kuaters pekerja.
Tujuan asal kunjungan ke galeri Rimbun Dahan pada hari itu untuk melihat hasil kerja Chang Yoong Chia dan David Jolly, dua pelukis yang masing-masing berasal dari Malaysia dan Melbourne, Australia. Dan kesempatan itu saya raih untuk merakam persekitaran dalaman serta luaran galeri.
Suasana dalaman galeri dihias ringkas. Tidak banyak yang boleh diperkatakan, hanya satu set sofa kulit bereka bentuk moden hitam beralas hamparan parsi. Meja kopi berpermukaan kaca pula diletak di tengah-tengah sebagai pelengkap gaya. Sofa disusun menghadap binding bergantung bingkai lukisan dan membelakangkan courtyard yang kosong tanpa sebarang perhiasan. Namun, kehadiran batu-batu sungai hitam di kaki dinding galeri sepanjang 90 meter yang mempamer karya David Jolly can Chang Yoong Chia berupaya menyuntik gaya, sesuai pula dengan lantai batu pasir can siling putih.
Galeri ini turut dilengkapi pendingin udara dan sistem pengudaraan untuk memastikan mutu karya seni terpelihara agar tidak terjejas dek faktor alam semula jadi.
Tetapi apabila menjelajah kawasan sekitar, pemandangannya bagaikan sebuah lukisan kerana reka bentuk bangunan dan lanskap yang menarik. Seni reka rumah tetamu Hijjas menampilkan gaya tropika, berbumbung V terbalik dibina hasil gandingan konkrit, kayu dan keluli. Rumah itu menghadap kolam dan pancuran air terjun, bersambung dengan laluan berbumbung hingga ke rumah penginapan keluarga Hijjas yang juga mempunyai reka bentuk sama.
Di tengah-tengah kolam dibina jambatan yang menghubungkan ke kolam renang dan paya bakau. Bagi yang ingin berehat sambil menikmati alam sekitar, tempat bersantai dibina di tepi kolam. la dilengkapi satu set kerusi taman dan dua bangku besi bereka bentuk moden.
Tidak lengkap ke Rimbun Dahan kalau tidak menjengah rumah kayu lama, Rumah Uda Manap. Rumah itu dibawa dari Parit, Perak pada 1998. Lokasinya agak jauh dari bangunan galeri tetapi berdekatan Bulatan Plong, iaitu sebuah kawasan untuk persembahan luar.
Rumah Uda Manap dibina pada 1901. la difahamkan milik pahlawan Melayu, Maharaja Lela. Rumah itu mewakili seni hias Cina dan seni bina Melayu. Keadaan masih elok dan digunakan untuk acara tertentu. AS
Lihat rencana ini bersama foto dalam PDF [555KB]. |